Terkesan dengan permasalahan tersebut, Persatuan Pengusaha Pendidikan Swasta Malaysia (PEEAM) telah menganjurkan Ekspo Pendidikan Maya menerusi  VEExpo bermula 1 hingga 3 Januari lalu.

Acara tiga hari dalam talian itu menyediakan pemilihan platform Pendidikan secara maya pertama dan terbesar di Malaysia, khas untuk pendidikan kanak-kanak berusia 2-12 tahun.

Ekspo maya anjuran Persatuan Pengusaha Pendidikan Swasta Malaysia (PEEAM), dengan kerjasama Persatuan Pengusaha Pendidikan Swasta Sabah, Persatuan Pendidik Profesional Bahasa Malaysia,  Montessori Association of Malaysia, Persatuan Pendidikan Awal Kanak-kanak Pahang,  Persatuan Guru-guru Tadika Negeri Johor, dan juga Persatuan Guru-guru Tadika Negeri Sembilan itu turut menampilkan lebih daripada 100 jenama pendidikan terkemuka di seluruh Malaysia bagi membantu ibu bapa yang mencari pilihan terbaik untuk tempat pendidikan anak-anak mereka.

Acara tersebut turut dikendalikan oleh pakar-pakar industri berkonsepkan webinar percuma dan pameran untuk membantu ibu bapa menentukan pilihan terbaik untuk tempat pendidikan anak-anak.

Menurut Pengarah Urusan HATIMURNI Islamic Private Education, yang juga ahli PEEAM, Ustazah Siti Khadijah Mohni berkata, sebelum ini ramai  ibu bapa berasa bimbang di atas penangguhan sesi pembelajaran anak-anak mereka.

Ada juga ibu bapa yang tidak tahu untuk memilih tempat pendidikan terbaik untuk anak-anak atas faktor kekangan untuk menghadiri hari terbuka pendidikan.

Namun, menerusi ekspo maya yang dianjurkan, ibu bapa boleh jadikan ia sebagai pusat pencarian pendidikan anak-anak, di mana kami menyediakan peluang pertemuan empat mata antara ibu bapa, pelajar dan pengusaha perkhidmatan pendidikan hanya dari rumah.

“Kami juga membantu ibu bapa membuat pilihan secara dalam talian berkenaan pusat pembelajaran untuk kemasukan anak mereka dan mendaftar persekolahan di HATIMURNI.

“Ini merupakan satu peluang baru yang tak pernah kami bawakan sebelum ini. Sepanjang 13 tahun beroperasi, kami  hanya membantu ibu ayah dengan menyediakan tempat mengurus dan menjaga anak mereka.

“Pada masa yang sama, menerusi ekspo ini, kami membuka peluang kepada mereka yang ingin menjalankan perniagaan dalam bidang pendidikan, iaitu sebagai lesen atau investor kepada HATIMURNI,” katanya.

Objektif VEExpo

i)    Membantu penyedia pusat pendidikan swasta dalam urusan pengambilan kemasukan pelajar di atas talian.

ii)    Membantu ibu bapa membuat pilihan pusat pembelajaran untuk kemasukan anak mereka secara atas talian.

iii)    Memberikan lebih daripada 80 persidangan dan tiga forum untuk orang awam secara percuma.