“Kami juga membantu ibu bapa membuat pilihan secara dalam talian berkenaan pusat pembelajaran untuk kemasukan anak mereka dan mendaftar persekolahan di HATIMURNI.
“Ini merupakan satu peluang baru yang tak pernah kami bawakan sebelum ini. Sepanjang 13 tahun beroperasi, kami hanya membantu ibu ayah dengan menyediakan tempat mengurus dan menjaga anak mereka.
“Pada masa yang sama, menerusi ekspo ini, kami membuka peluang kepada mereka yang ingin menjalankan perniagaan dalam bidang pendidikan, iaitu sebagai lesen atau investor kepada HATIMURNI,” katanya.